''Menulis dengan HATI. Niatkan untuk DAKWAH. Walau mungkin tak ramai yang membaca. Tapi tak mengapa. Semoga bermanfaat buat UMMAH, bernilai di sisi ALLAH.''
Friday, 4 January 2013
New Year of 2013, Let's Hijrah :)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)
Hey bloggers, hello viewers! :) It seems like I've been stop for awhile from updating my blog, I know it's quite so long I didn't update any new entry in this blog, right? ohhh seriously I've been longing for my new ideas, my thoughts to write something new to be read here.. just to fulfill this lovable blog, i guess. ;) hehehe! and now, i'm back guys! Alhamdulillah, I've been given another chance, another free time just to write again and of course, to share any beneficial thoughts to everyone.. In Sha Allah, may this writing could bring another useful feedback, or at least another good lesson to be taken. That's my hope. *Aamiin Ya Rabb* :')
So, shall we start? Oohh Thank Youuuuu! ;)
*ehem ehem*
Let's start with this New Year of 2013, new wish, new hope and probably, new journey begins.
Bismillah. :)
Alhamdulillah, kerana masih diberikan kesempatan utk kita melangkah ke tahun baru 2013 ini. Segala puji dan syukur kita sama- sama panjatkan ke hadrat Allah atas peluang yg tidak terhingga ini. Allahu :')
pastinya banyak kenangan dan memori yg terukir di sepanjang tahun 2012 yg lalu. Segala kisah pahit manis, suka duka, gelak dan tawa silih berganti, melengkapi diari hidup kita pada tahun tersebut. Pelbagai suasana yg tercoret dlm kita mengharungi hidup di masa lalu. Begitulah asam garam dlm kehidupan.
Setiap dari kita, manusia, pastinya tidak lari daripada ditimpakan pelbagai ujian, dugaan dlm hidup. Semua itu diuji oleh Allah, kerana itu adalah suratan yg sudah pastinya kita terima selama masih bergelar HAMBA bagi Tuhan kita. Namun, jangan pernah lupa bahawa HIKMAH yg akan Allah berikan setelah itu amatlah besar nilainya, begitu manis rasanya andai semua ujian itu mampu dilalui dgn penuh SABAR, IKHLAS serta REDHA.
Subhanallah! :')
Well, there's always a beginning for every ending.
Maybe it's not always about fixing something that has broken, but there might be a way to start all over again, and creating something which is better. Nothing's impossible, as long as Allah wills it. Am I right? :')
Ermmm.. sudah menjadi 'adat' yg cukup popular dlm kalangan umat manusia kini, bilamana sebut saja pasal New Year, Tahun Baru, mestilah ada azam baru, harapan baru, cita- cita baru. Pokoknya, semua pun hendak diperbaharuilah katakan. Haha! :D
Sebenarnya, kita sepatutnya tanam azam baru tu bila bermula Awal Muharram lagi. Masa Maal Hijrah yg lalu, niat utk berubah ke arah yg lebih baik seharusnya sudah mula ditanamkan dlm hati. Tekad utk memulakan 'Hijrah' dlm diri itu sepatutnya sudah disemai dlm kalbu. Betul tak? :)
Seperti yg kita sedia maklum, 'Hijrah' dari konteks sejarah adalah bermaksud; perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dgn tujuan memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi baru utk menyebarkan Islam.
Pengertian Hijrah yg lebih luas dan mendalam adalah; perjuangan bagi menegakkan kebenaran serta meninggalkan kejahatan dan keburukan.
Selain itu, Hijrah turut dilambangkan dgn; semangat ingin berubah terutamanya perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
So, inilah dia konsep Hijrah yg ingin kita sematkan dlm diri kita. In Sha Allah, semoga Allah meredhai. :')
Sememangnya bukan mudah utk kita meninggalkan kenangan silam, melupakan masa lalu yg telah bersemadi sedalamnya di hati kita. Apatah lagi jika kenangan itu mencoretkan duka dan airmata yg membasahi segenap lubuk hati kita.
Jika kenangan duka dan pahit itu hasil daripada memori yg dilalui bersama insan- insan yg disayangi, mereka yg masih hidup di dunia dan masih bernafas di bumi Allah ini, biarlah ia menjadi suatu iktibar dan pengajaran bernilai buat diri kita sebagai insan biasa. Buang jauh- jauh perasaan dendam itu, kerana Allah tidak suka sifat dendam bercambah dlm hati sesama manusia. Itu akan pastinya meruntuhkan jambatan ukhuwah di antara kita, memecahbelahkan perpaduan antara umat manusia.
Jadi, adalah lebih baik kita memaafkan sahaja mereka yg telah berbuat silap terhadap kita itu. Lumrah manusia yg sentiasa melakukan kesilapan, meskipun telah beribu kali ucapan 'maaf' lahir dari mulut, namun itu tidak bererti kesilapan itu terus padam dan terus tidak terulang lagi.
Kita juga manusia biasa, dan mungkin tanpa kita sedari diri kita juga telah banyak membuat salah kpd mereka itu. Oleh itu, jangan mudah menghukum seseorang itu atas kesilapan yg telah dia lakukan.
Sesungguhnya, memohon maaf itu murni,
memaafkan itu mulia,
dan saling bermaafan itu indah. :')
Belajarlah utk memaafkan org lain, jika kita ingin diri kita dimaafkan.
Walau bagaimanapun, kemaafan itu bukanlah satu tiket utk kita sewenangnya kembali pada kesilapan lalu kita, lalu dgn mudahnya juga kita mengucapkan kata maaf itu. TIDAK. Tidak sama sekali.
Memang manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan, namun adakah ianya juga satu kelonggaran utk kita mengulangi kesilapan itu? Jawapannya juga sama, TIDAK.
Kerana kemaafan itu adalah suatu jalan utk kita sama- sama mengambil pengajaran agar kita sedar dan insaf atas apa yg telah dilakukan. Kemaafan itu adalah suatu jalan utk kita berusaha, mencuba sebaik mungkin utk memperbaiki diri agar tidak terjatuh lagi ke dlm lubang khilaf yg sama.
Itu adalah tujuan dan erti sebenar sebuah KEMAAFAN.
Itu sekiranya kenangan dan memori silam bersama mereka yg masih bernyawa, tapi bagaimanakah pula jika kenangan itu melibatkan mereka yg telah TIADA? Mereka yg telah pergi menemui Yang Maha Pencipta, mereka yg telah tiada lagi di dunia ini bersama- sama kita? Adakah sama cara menghadapinya dgn mereka yg masih hidup di dunia ini? Tepuk dada, tanya iman. :')
Adalah suatu kesedihan yg begitu mendalam jika orang yg kita sayangi telah pergi meninggalkan kita buat selama- lamanya. It's such an unexplainable feeling to tell, it's an indescribable, painful sorrow and the deepest sadness we would feel as going through the circumstances. Keperitan itu, hanya Allah yg tahu. Kesedihan itu, hanya Allah yg melihatnya. :'(
Namun perlu kita ketahui dan ingati selalu, bahawa setiap yg bernyawa pasti akan merasai kematian. Itu adalah janji Allah pada hamba Nya. Daripada Allah kita datang, dan kepada Dia juga kita akan dikembalikan. Dan sebaik- baik tempat adalah berada di sisi Allah. :')
Sememangnya bukan mudah utk mengharungi detik- detik sukar dlm hidup ini tanpa insan yg kita sayangi di sisi kita. Apatah lagi insan yg begitu dekat dgn kita, kaum keluarga yg tercinta, sahabat handai yg dikasihi. Namun begitu, ingatlah bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.
Ya, kehilangan insan yg tersayang, kematian, itu semua adalah sebahagian daripada bentuk ujian Allah kepada manusia. Setiap manusia berbeza- beza bentuk ujian yg akan dia terima. Namun semua itu tidak lain tidak bukan adalah bertujuan utk menjadikan kita insan yg sabar, redha, kuat dan tabah dlm mengharungi cubaan dlm hidup. Kerana Allah tidak akan menimpakan ujian ke atas seseorang itu melebihi daya kemampuannya. :')
Oleh itu, jadikanlah kehilangan dan kematian insan- insan itu sebagai satu pendorong semangat kita agar lebih kuat dan tabah dlm hidup. Sungguh, berat mata memandang, namun berat lagi bahu yg memikul. Tidak tergambarkan perasaan sayu dan sebaknya hati mengenangkan diri yg telah ditinggalkan oleh insan- insan yg tercinta, yg takkan kembali lagi. Ya Allah, Engkaulah yg mengetahui kesedihan itu. :'(
Kini, hanya sekalung doa tulus yg mampu disedekahkan buat mereka yg telah mengadap Ilahi. Semoga mereka tenang di sisi Pencipta Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu. Aamiin Ya Allahu Ya Rabbi.
To all fellow viewers, bloggers;
Let's just make a new start of all those old memories. Usah kita terperuk dlm kesedihan silam. Mari kita bangkitkan semangat di tahun baru beserta azam dan harapan baru ini. Never regret of things that had happened back then, start your step forward without turning back. There's always a way to be better. Don't just think about all your bad moments, but think optimisticly about all your good times in the future. Don't waste it, or you'll be regret so much when it's gone. In Sha Allah, things will get better sooner or later. :')
For this entry, it ends here for now. But soon to be continued, with another contents. In Sha Allah.
Thanks for lending me your precious time just to read this writing. Jazakallahu khair. ♥
''Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.''
(Ar- Ra'd: 11)
Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)
xoxo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment