Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)
buat sekalian pembaca dan pengunjung blog yang saya kasihi, salam sejahtera ke atas kalian dan semoga Allah memberkati kesudian anda semua yang membaca coretan saya pada kali ini. Ilmu yang sedikit ini, ingin saya kongsikan buat anda semua kerana tidaklah ilmu itu berkurang sedikit pun jika kita berkongsi kepada orang lain, bahkan semakin bertambah ilmu baru dan berkat dari Allah Yang Maha Bijaksana lagi Tinggi Ilmunya.
Mari kita sama- sama teliti dan cuba kita hayati sedikit petua berguna dari Ibnu Mussal, dengan sedikit 'penambah rasa' dari saya sendiri, tentang cara- cara untuk mendapatkan hati yang tenang. In Sha Allah, tak salah kita mencuba mengamalkannya pula kan? ;)
Bismillah..
PETUA HATI TENANG:
1- Sentiasa bersangka baik.
Jangan meneka- neka apa yang kita tidak tahu.
Hentikan sikap 'berkalau- kalau' dalam diri, kerana ianya amalan syaitan, seolah- olah kita tidak redha dengan qada' dan qadar Allah. Rasulullah SAW pernah menyebut dalam hadisnya;
''Jika kamu tertimpa sesuatu, maka janganlah mengucapkan 'seandainya', 'kalaulah aku berbuat begini dan begitu', tetapi katakanlah 'Allah telah mentaqdirkannya'. Apa yang telah dikehendaki Nya pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata- kata 'seandainya', 'kalaulah' itu membuka jalan bagi syaitan.'' (Hadis Riwayat Muslim)
2- Jangan terlalu bimbangkan perkara yang belum berlaku.
Buat saja persediaannya. Firman Allah SWT dalam Surah An- Nahl, ayat 1:
''.....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.....''
Saya petik sebaris ayat daripada Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al- Qarni, dalam bukunya La Tahzan;
''Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya; janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula anda menunggu waktu itu. Sebab, hari ini anda sudah sangat sibuk.''
3- Jangan terlalu fikirkan masalah.
Minta pendapat kawan atau orang yang pernah ada pengalaman. Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al- Insyirah, ayat 5- 6;
''Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.''
4- Bila hati mula tidak tenang, segera ambil wudhuk, solat sunat dan sebutlah nama- nama Allah. Paling kurang, dengar ayat- ayat Al- Quran. Kerana syaitan dan jin yang jahat, sangat mudah masuk ke dalam hati manusia yang tidak tenang. Sentiasa ingat Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Ar- Ra'd, ayat 28;
''Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.''

Semoga dengan serba- sedikit tips bermanfaat seperti ini mampu kita jadikan panduan dalam hidup kita meniti hari- hari yang penuh dengan dugaan dan cubaan Ilahi.
In Sha Allah.. :')
''If you lose your way, believe in a better day..
Trials will come but surely they will fade away,
If you just believe what is plain to see,
Just open your heart, and let His love flow through..''
(Lyrics of I Believe by Maher Zain feat. Irfan Makki)
Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
xoxo

No comments:
Post a Comment