Sunday, 13 January 2013

Kebenaran Hakiki, Hati Manusia Milik ALLAH ♥



''Kebenaran itu adalah sesuatu yang jelas, nyata dan sahih yang tidak seharusnya disembunyikan.
Namun adakalanya, kebenaran itu tidak selalunya harus dijelaskan dan diungkapkan dengan segera. Ia memerlukan ruang masa dan waktu yang sesuai, serta cara yang betul untuk mengungkapkan sesuatu kebenaran itu.''

:')


Bicara tentang kebenaran, sebenarnya masih ada segelintir atau mungkin sebilangan manusia, hamba Allah yang belum tentu mampu untuk menerima sesuatu kebenaran itu. Tak semua manusia itu mudah untuk menerima kebenaran atau kenyataan, walaupun telah jelas depan mata yang hakiki itu.
Hati manusia ini berbeza- beza. Jiwa manusia ini tidak semua sama, kerana Allah telah ciptakan hamba Nya dengan aneka sifat dalam dirinya.


Hati manusia ada DUA jenis.
1- Hati yang 'keras'
2- Hati yang 'lembut'



Sebelum kita berta'aruf dengan lebih lanjut mengenai dua jenis hati ini, mari kita sama- sama 'menjinakkan' minda kita untuk memahami analoginya terlebih dahulu.
Okay, let's see! :)


Analoginya terdapat dua jenis bahan yang berbeza.
KAPAS dan BATU.
Nampak memang kedua- duanya berbeza kan? Dan cuba kita fikir kembali, apakah sifat- sifat fizikal atau 'physical properties' bagi kedua- dua bahan tersebut.

Kapas : Lembut, mudah menyerap
Batu : Keras, tidak menyerap

Apabila kedua- duanya, kapas dan batu itu dicelup ke dalam air. Bagaimanakah hasilnya pula?
Kita pasti akan mendapati bahawa kapas kelihatan lebih basah, bahkan basah sepenuhnya dek air. Sedangkan batu pula, tetap tak menunjukkan apa- apa pun perubahan. Tetap juga tak berubah sifat fizikalnya. Air celupan itu juga tidak langsung memberikan apa- apa kesan basah pun terhadap batu itu.

So, what can you conclude from this small experiment? ;)


Kapas adalah bahan yang mudah menyerap, manakala batu adalah statik dan tidak menyerap apa pun bahan yang dicelupkan padanya. Maka seperti itulah juga HATI kita.

Hati kita ini ibaratnya kapas, namun terdapat juga hati yang sama seperti batu.

Hati yang lembut adalah seperti kapas, dan hati yang keras adalah seperti batu.
Hati yang lembut itu pastinya mudah untuk menerima kebenaran, manakala hati yang keras itu amatlah sukar untuk menerima kebenaran meskipun telah jelas di hadapan mata kebenaran itu tertulis.
Hati yang keras itu pasti selalu ingin menolak kebenaran.



''Sibgah Allah. Maka siapa yang lebih baik sibgah Nya daripada Allah? Dan kepada Nya kami menyembah.''
(Surah Al- Baqarah: ayat 138)

*Sibgah bermaksud 'celupan' Allah, iaitu agama Allah* 





Kadangkala, bila terjadinya sesuatu yang memerlukan kita untuk menjelaskan sesuatu yang benar, kita perlu berfikir. Berfikir bukan bermaksud untuk meragui, atau merasa was- was untuk menyatakan kebenaran. Tapi kita perlu berfikir tentang bagaimana caranya kebenaran itu hendak kita sampaikan. Kita perlu fikir kepada siapa dia orangnya yang akan kita jelaskan kebenaran itu, dan bagaimana sikap orang sebegitu. Semua itu penting untuk kita titikberatkan dan pertimbangkan. Sebab hati kita tak sama, jiwa kita berlainan, sikap kita berbeza.  That is why pentingnya untuk kita mengambil masa sejenak berfikir sebelum bibir mula mengatur bicara. INGAT! 'Think before you talk.'
Kerana kita tak mahu sesuatu perkara yang benar itu disampaikan dengan cara yang salah. Tak akan ada manfaatnya buat diri mereka yang mendengar kebenaran itu jika kita gagal menyampaikannya dengan berhikmah. Kita pun pastinya tak mahu bila kita dah berbuih- buih mulut untuk sampaikan sesuatu, tapi hasilnya cuma seperti angin lalu saja. Seperti hujan jatuh ke pasir, begitulah pepatah yang tepat menggambarkan hasil yang tidak semengah itu. :')

Sesungguhnya hati kita ini Allah yang pegang, Allah yang tetapkan. Allah juga yang memiliki hati ini, bahkan Allah mengetahui segala isinya.
Bagi hati yang keras, tiada lagi yang berkuasa untuk melembutkannya melainkan Allah. Hati yang bengkak dek kerana diserang penyakit hati juga, tiada yang bisa menyembuhkannya melainkan Allah. Maka ketahuilah juga bahawa tiap- tiap sesuatu kebenaran itu datangnya dari Allah, dan Allah juga yang menggerakkan hati kita untuk mencari tahu kebenaran itu, dilenturkan hati kita yang seperti batu itu, menjadi selembut kapas agar mudah menyerap kebenaran.

Samalah kiranya seperti 'hidayah'. Dan hidayah itu milik Allah. Bilamana Allah menghendaki hidayah itu turun kepada hamba Nya, sesiapa saja, maka turunlah hidayah itu. Cuma tugas manusia pula jangan diabaikan, untuk terus mencari dan mengejar hidayah itu, bukan hanya ditunggu dan berpeluk tubuh semata.






''Sesiapa yang dikehendaki Allah akan diberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk memeluk (agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah S.W.T jadikan dadanya sesak lagi sempit seolah- olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah S.W.T menurunkan siksa kepada orang tidak beriman.''
(Surah Al- An'am: ayat 125)





Milik siapakah hati ini?
Apakah yang tersirat dan tersembunyi dalam hati ini?
Apakah yang sedang dirasakan oleh hati ini?
Siapakah yang mengetahui isi dalam hati ini meskipun tanpa diungkapkan?


(QS: Al- Mulk, verse 13)


Hanya ALLAH S.W.T jawapan yang satu dan tiada yang lain dari Nya. Allahu Akbar! 


Ingatlah bahawa, sesuatu yang BENAR itu meskipun tidak cuba dijelaskan, pasti akan terungkap juga dengan sendirinya suatu masa nanti. Tidak kira seberapa lama pun ianya disembunyikan, pasti akan terbongkar jua kelak. 
Yakinlah, In Sha Allahu Ta'ala. 


Wabillahi taufiq wal hidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

xoxo!

No comments:

Post a Comment

Written Sincerely by NaNa