Ya ALLAH Ya Kareem..
Sebagai hamba Mu yang hidup di bumi sementara ini..
jadikanlah hidupku ini suatu perjalanan panjang dan jauh, di mana selalu ada rahmat dan kasih Mu yang mengiringi setiap langkahku..
Jadikanlah hidup yang sementara ini ibarat suatu pelayaran membelah lautan luas yang terbentang, di mana nur dan hidayah Mu menjadi pemandu arah buatku terus berlayar..
Menuju redha dan keberkahan Mu..
Jadikanlah perjalanan yang ku lalui ini suatu tarbiyah yang mengajar diriku untuk terus mencari, mengejar dan melusuri yang haq lagi mahmudah dan menanggalkan karat jahiliyah beserta noda yang bersarang sekian lama dalam diri..
Agar bisa ku lenturkan nafsu dalam diri, melawan kebatilan yang bermaharajalela dalam kalbu selama ini..
Aku ini hamba Mu,
Aku ini makhluk Mu,
Aku juga ciptaan Mu, bahkan seluruh hidupku ini adalah sepenuhnya milik Mu,
Ya Rabbi..
Namun aku tak ingin sekadar menjadi seorang hamba yang tidak Kau kasihi,
makhluk yang Kau murkai,
menjadi ciptaan yang tidak Kau redhai..
Aku tak ingin Ya Khaliq, aku tak ingin! Ya Allah..
bantulah aku.. :'(
Aku ingin menjadi seorang hamba yang selalu dekat dengan Penciptaku,
aku ingin menjadi makhluk yang Kau sayangi,
bahkan aku ingin menjadi ciptaan Mu yang bisa Kau senangi, Kau redhai..
Aku ingin seperti itu Ya Allah, aku ingin sekali..
Izinkanlah aku, berikan peluang itu untukku Ya Rahman..
Aku ingin memperbaiki diri yang seringkali khilaf ini,
aku ingin mensucikan hati ini daripada segala penyakit hati yang membakar diri,
aku mahu membersihkan akhlak yang mungkin telah lama berkarat dek kerana su'udzon, kekotoran fikiran yang bisa mengotorkan hati..
aku mahu mengunci lidah daripada perkataan buruk yang menusuk hati sesama manusia,
menyingkirkan lidah bercabang yang tentu sekali mendustakan, fitnah durjana yang menikam sanubari sesama saudara seimanku apabila mendengarnya..
Ya Allah! Aku mahukan semua itu terhapus, terhenti dan terhakis dari setiap anggota dan indera di tubuh ini Ya Rabb..
Maka dari itu, izinkanlah aku Ya Rabb..
Berikan aku kesempatan untuk merealisasikan hasrat itu..
Berikan ruang untukku tautkan kata taubat atas segala khilafku seumur hidup ini..
Izinkan aku untuk berada dekat dengan kasih Mu,
izinkan aku untuk sentiasa teguh dalam melalui jalan kebenaran Mu..
Dan andai pula sepanjang perjalanan itu aku temukan banyak liku, pelbagai onak dan duri menerpa,
maka ku mohon Ya Rabb..
Tetapkan akidahku untuk terus berjalan,
Teguhkan tugu imanku agar tidak goyah dek luka yang menggigit,
Kuatkan semangatku untuk melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi,
Tabahkan jiwaku agar kesakitan yang dirasakan itu menjadi penawar mujarab untukku,
Dan cekalkanlah hatiku dalam menepis segala ranjau yang menghalangku untuk tetap bertahan..
Kerana ku tahu..
itu semua adalah ujian dan dugaan untukku..
Semua itu hanya cubaan dari Mu, demi menguji nilai sabar dan redha ku..
Namun tidak sedikit pun aku ragu Ya Allah,
bahawa setiap dugaan yang mendatang itu tentu ada Kau selitkan kekuatan untukku..
Aku yakin,
setiap kesakitan yang aku lalui itu pasti ada Kau tunjukkan penawarnya..
sebagaimana setiap kesulitan itu ada kemudahannya..
Dan yang paling aku yakini ialah..
Hikmah yang akan Kau berikan di sebalik semua itu..
Rahmat yang sudah pasti menunggu, Kau titipkan setelah itu..
Aku yakin Ya Allah..
Segala yang tertulis dalam hidupku,
setiap jalan yang ku lalui dalam meniti hayat ini,
segala rahsia yang tersembunyi dalam benakku..
bahkan setiap kejadian yang ku hadapi sepanjang usiaku bergelar hamba Mu,
aku serahkan sepenuhnya hanya dalam tangan Mu..
aku titipkan seluruh nasib, dan jalan hidupku..
Hanya kepada Mu,
Allah Azza Wa Jalla..
Engkaulah sebaik- baik tempat berlindung,
Engkaulah tempat terbaik berserah..
Engkaulah satu- satunya tempat bertawakal..
Allahu Rabbi..
♥
![]() |
| ''Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.'' (QS: Surah Ali 'Imran, verse 173) AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN.. :') ♥ |
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
xoxo

No comments:
Post a Comment