Saturday, 2 March 2013

Tentang Semangat & Perasaan Hati ♥



Pelik. Tapi benar.

Sakit. Tapi menyembuhkan.

Rela dalam terpaksa.


^_^


Kita semua manusia, pasti ada semangat yang tersembunyi namun berkobar- kobar dalam diri. Semangat yang kuat, biarpun mungkin diri kita sendiri lemah. Kadangkala terasa seperti tak mampu. Tapi hakikatnya kita mampu, kita boleh. Cuma belum punya cukup kekuatan yang membolehkan kita rasa mampu.

Minda kita dikaburi, dipengaruhi dek lunturnya semangat yang ada dalam diri. Lalu bila minda sudah mula berfikir dan beranggapan bahawa kita tak mampu, hati pun mulalah berasa ragu dan hilang keyakinan.
Seterusnya, segala ketidakyakinan dan ketiadaan semangat dari minda dan hati itu pun terluah melalui perbuatan. Secara tak langsung, kita terhenti dari melakukan sesuatu yang sebenarnya kita boleh lakukan, dan tak bergerak lagi untuk meneruskannya.
Langkah terhenti.
Kaku.
Diam.
Menyerah. Mengalah.


Semangat itu ada di dalam, iaitu dalam hati. Kita tak nampak. Ya, memang tak nampak. Tapi semangat yang tersimpan itu juga boleh dizahirkan melalui luaran. Melalui perbuatan, semangat boleh diperlihatkan. Semangat boleh dirasai.

Sebagaimana 'semangat', begitulah 'perasaan'.
Ya, perasaan. Feeling. 
Perasaan itu abstrak sekali sifatnya. Perasaan juga tak bisa dilihat dengan mata kasar, kerana boleh jadi apa yang terzahir dari pandangan itu hanyalah palsu belaka.
Akan tetapi, perasaan hanya mampu dirasai. Sama seperti kita merasai semangat. Kerana apa? Kerana kedua- duanya, perasaan dan semangat, itu asalnya dari 'HATI'.

Perasaan itu urusan hati. Hati pula anugerah Allah.
Oleh sebab itulah perasaan itu kita tak nampak, agar kita menyedari dan merasai kehadirannya dalam hati.
Agar kita lebih menghargai dan mensyukuri anugerah Allah itu.
Agar kita mampu menzahirkan perasaan yang ada itu dengan setulus dan seikhlasnya.
In Sha Allah.


Benar, kita tak boleh lihat bagaimana 'rupa' perasaan, bahkan kita tak nampak bayangannya juga.
Abstrak. Ghaib. Invisible.
Sama juga seperti semangat, perbuatanlah yang menggambarkan semuanya. Melalui apa yang kita lakukan itu jugalah yang menunjukkan bagaimana sebenarnya perasaan kita.
Contoh bila kita gembira, kita pasti tersenyum bahagia atau tertawa riang;
gembira = perasaan
senyum/ ketawa = perbuatan

Begitulah sebaliknya bila kita sedih, kita akan menangis air mata kesedihan pula;
sedih = perasaan
menangis = perbuatan

See the difference? And get the concept? *Hopefully* ;)


TETAPI....

Memang tak dinafikan, tak semua benda kita boleh nilai hanya melalui perbuatan.
Kadangkala perbuatan juga berbeza dengan apa yang diniatkan.
Kadangkala perbuatannya lain, tapi dalam hati kita saja yang tahu.

Agak pelik juga ya bila difikirkan kembali, tentang perbuatan dan niat manusia ini. Kadang- kadang kita lakukan sesuatu yang kita sendiri tak sanggup untuk lakukannya, semata- mata untuk menjaga hati orang lain.
Betul kan? :')
Dan oleh sebab kita nak jaga hati satu pihak, kita terpaksa korbankan hati satu pihak yang lain pula. Di mana letaknya keadilan itu?
*Fikir- fikirkan*

Yes, it seems so unfair. It shouldn't. And it hurts and it seems so hard. 
Kadang- kadang kita pun jadi tak faham dengan fiil manusia ni, kan? Dengan mudahnya mereka mendakwa 'tak sengaja', 'tak berniat' untuk lakukannya.
Eventhough it happened for not once, or even more than twice. But still, the words of 'regret', 'sorry', 'guilty' and all those kind of almost- similar meaning, the words keep on going out from one's lips. And what's more pathetic is that, most of the time it's all repeated. Again, again, again and again. Isn't that exhausting? 
Hmmmm.... :'/

Dan apa yang kita sedia maklum selama ini juga ialah,
sesungguhnya 'niat' tidak menghalalkan 'cara'.
Yang salah tetap salah, tiada alasan untuk kita cuba berdalih darinya. Jangan diambil ringan dan jangan pula dianggap remeh. Itu kenyataan. Itu hakikat.
Dan setiap apa yang kita lakukan di dunia ini, maka itu jugalah yang akan kita dapat. Kembali pada diri kita sendiri.
*Muhasabah*


Nasihat dari diri saya yang juga insan biasa dan tak sempurna ini;

Cubalah kita meletakkan diri kita sendiri dalam diri orang lain. Cuba rasa apa yang dirasainya, cuba selami lautan perasaan yang dalam itu, dan cubalah faham isi hati yang terkunci rapat dalam kalbu seseorang itu dengan sebenar- benar pengertian.

Kalau kita nak orang lain fahami kita, kita perlu terlebih dulu memahami orang lain. Kalau kita nak orang lain menghormati kita, maka kita perlu terlebih dulu belajar menghormati orang lain. It's a cycle. Inilah kitaran hidup kita. Selama mana kita bergelar hamba Tuhan Yang Satu, dan umat Rasul yang mulia, serta saudara sesama makhluk manusia.
Biarlah kita biasakan diri untuk memulakan sesuatu, bukan membiasakan diri untuk menghentikannya. Biarlah kita biasakan diri untuk menghulur dan memberi, bukan membiasakan diri mengambil dan menerima.



''Give and take'' ♥



Bersabarlah dalam apa jua keadaan, setidaknya kita cuba untuk bersabar. Bersabar dalam menghadapi pelbagai ragam manusia yang mungkin tak searus dengan ragam kita. Kerana itu adalah ujian dan tarbiyah dari Allah untuk jiwa kita.

Firman Allah S.W.T :
''Dan demikianlah keadaan hari- hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran).''
- QS: Ali- Imran: ayat 140


^_^


Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
xoxo

No comments:

Post a Comment

Written Sincerely by NaNa