Tuesday, 25 December 2012

Every hardships has its easiness

''Fa'innama'al 'usri yusro, innama'al 'usri yusro.''
- Maka sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.
(Surah Asy- Syarh, ayat 5- 6)


''Alahai, apalah nasib... kenapalah jadi macam ni pulak?''
''Aduhh, susahnya subjek ni.. macam manalah nak masuk otak ni?''
''Susahnya hidup aku sekarang.. agaknya bilalah aku jadi kaya ni?''
''Ya Tuhan, beratnya terasa dugaan ini.. bagaimana aku nak menghadapinya?''

* blah blah blah blah~ kalau diikutkan, memang bermacam- macam lagilah keluh- kesah yg akan kita buat, dan beribu, bahkan berjuta lagi ayat- ayat berbaur rungutan yg akan keluar daripada mulut kita. Terutama sekali bila ujian menimpa, dugaan melanda, cubaan menerpa, dan cabaran mendatang dalam hidup kita.. 
am i right? ;) 

sebenarnya, kita hidup di dunia ni, siapa yg cipta? ALLAH SWT pastinya, kan? 
kita bernafas, bergerak, bermain, makan, minum, kelip mata, dan semua rutin harian yg kita buat setiap hari.. itu semua dari mana? dari ALLAH SWT, kan?
kita bertemu dgn macam- macam jenis orang, pelbagai karenah, dgn jutaan sifat serta tingkah yg berbeza.. semua itu siapa yg aturkan? mestilah ALLAH SWT, kan?

semua perkara di dunia ini, semua kegiatan yg berlaku di mana bumi yg kita pijak ini, setiap aktiviti yg kita lakukan dalam hidup kita ini, bahkan seluruh alam ini, adalah milik siapa? Siapalah lagi Yang Maha Memiliki, sudah pastinya ALLAH Azza Wa Jalla. 

maka dari itu, setiap ujian, dugaan, cabaran, cubaan, kesulitan dan kesusahan, itu semua adalah datangnya dari Dia, Allah Yang Maha Satu. :')

ingatlah wahai teman dan sahabat serta saudaraku sekalian;
Ujian itu adalah tanda kasih sayang Rabb kepada hamba Nya,
Dugaan itu merupakan bukti keagungan Rabb yg tiada taranya,
Cubaan itu adalah suatu tahap di mana Rabb kita menguji sejauh mana kekuatan iman dan ketabahan hati kita,
Cabaran itu adalah obor yg menjadi pembakar semangat bagi jiwa- jiwa yg hatinya bertaut dalam mencari redha Rabb nya,
Kesulitan itu adalah suatu keadaan yg merupakan titik tolak bagi bermulanya kemudahan,
Dan Kesusahan itu pula adalah suatu muqadimmah bagi setiap kesenangan.

tidakkah kita lihat dan sedar, betapa 'sweet' dan 'caring' nya Pencipta kita terhadap sekalian hamba Nya?
Subhanallah! :') ternyata Allah timpakan sesuatu ujian itu adalah utk memberikan sesuatu yg lebih baik utk kita, dan ternyata setiap dugaan yg Dia titipkan ke bahu kita itu mempunyai HIKMAH yg cukup besar.. 
Allahu Akbar :')

oleh itu wahai teman, sahabat dan saudaraku sekalian,
''La tahzan, innallaha ma'ana.'' 
- Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu.
(Surah At- Taubah, ayat 40)

dan ingatlah bahawa;
''La yukallifullahu nafsan, illa wus'aha.''
- Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.''
(Surah Al- Baqarah, ayat 286)

sebenarnya, tiada yg mudah di dunia ini melainkan Allah yg permudahkan, dan tiada juga yg sulit di dunia ini melainkan Allah yg persulitkan. Semua itu ada bergantung kepada Dia, kerana Dialah Yang Maha Berkuasa, Maha Menentukan. Tugas kita hanyalah berdoa, bertawakal dan memohon kepada Nya, kerana Allah mendengar setiap doa dan rintihan hamba Nya yg meminta.
''Allah hears even a very silent prayer of His slaves.'' 

dan salah satu sifat manusia yg sangat 'klise' bila setiap kali ujian menimpa, ialah MENGELUH.
Masha Allah! :'(
oleh itu mulai sekarang, mari kita bersama mengurangkan keluh- kesah dan rendahkan tahap rungutan kita. ;)
gantikannya dengan sifat yg lebih baik seperti redha, sabar dan tawakal. In Sha Allah, tak susah melakukannya kalau kita buat dengan azam yg betul, beserta niat yg lurus. Semoga Allah redha! :')

sebelum tirai blog ditutup buat kali ini, ambil masa sejenak dan hayati kata- kata ini;

Jika SENDIRI jangan merasa SEPI.. 
Ada ALLAH yang MENGAWASI. 

Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI..
Ada ALLAH tempat BERDOA. 

Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. 
Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI. 

Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. 
Ada ALLAH tempat MENGADU. 

Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.
Ada ALLAH tempat MEMINTA. 

Jika BAHAGIA jangan menjadi ALPA.
Pada ALLAH tempat BERSYUKUR.

♥ Ingatlah, ALLAH sentiasa ada di setiap waktu kita ♥







*Note to self first and foremost. :') semoga menjadi iktibar. In Sha Allah. 

Wassalam.. :')
xoxo

No comments:

Post a Comment

Written Sincerely by NaNa